Sunday, 24 September 2017

Anak sumber pahala

Dengar sekali lalu di Rancangan Klinik d'Hijrah pagi tadi, tak perasan siapakah panelnya. Antara yang disebut dan melekat di kepala hingga kini adalah "Anak Adalah Sumber Pahala Ibu Bapa".
Pause diri dari nak marah-marah anak bila pagi-pagi ni. Memang sentapan jantung bila anak bangun pagi merengek-rengek, kita pula sibuk nak ke dapur siapkan sarapan dan kerja rumah pagi-pagi.
Bangun pagi-pagi tadi Si Kerinting ummi ni minta nasi lemak. Beria-iya nak makan nasi lemak, pujuk Abi suruh belikan. Abi malas nak layan, tak sempat pun iye sebab nak bersiap pergi kerja.
Tak ada dalam perancangan nak buat nasi lemak pun pagi ni. Nasi sejuk banyak lebihan makan malam tadi. Perancangannya nak buat nasi goreng je untuk sarapan pagi ni. Akhirnya mengalah dan tunaikanlah jugak keinginan Si Kerinting Ummi ni nak makan nasi lemak.
Mula masak pukul 7 suku pagi siap 8.50 pagi. Alhamdulillah ada santan beku di dalam peti sejuk. Sempatlah suami sarapan sekali sebelum pergi kerja.
Anak adalah sumber pahala ibu bapa betullah tu tapi bersyarat . Syaratnya bila kita sabar mengasuh dan mendidik mereka mengikut acuan Al Quran. Mengasuh dan mendidik mereka seiring dengan kelayakan mereka-mereka yang layak ke syurga. Besar tanggungjawab dan amanah yang telah Allah tetapkan kepada kita sebagai ibu bapa.


4 orang anak, 4 jenis ragam. Tipulah kalau kata tak penat, tak serabut. Sentiasa ingatkan diri anak-anak ini amanah Allah yang dipinjamkan. Hargai setiap detik bersama mereka dan manfaatkan sepenuhnya.

Tengahari tadi si kakak mengamuk sebab tak dibenarkan tengok TV. Tantrum , jeritan dan tangisan memang senjata anak-anak bila berkehendakkan sesuatu. Cara saya saya biarkan dia mengamuk dan menangis sendirian. Sekali-kali saya tak akan mengalah dan akur kepada kehendak dia untuk menonton tv. Akhirnya bila dia sendiri mampu meredakan tangisan dan jeritan dia.  Dia datang ke saya dan minta di pujuk.

Saya ambil peluang ini untuk menasihati dia dan terangkan kenapa saya hadkan masa menonton tv dan peraturan-peraturan yang mereka adik beradik kena patuhi. Sentuhan dan belaian adalah bahasa yang paling indah untuk melenturkan ego anak-anak. Itulah cara saya untuk 'menewaskan' apa-apa permintaan mereka yang memang tak boleh saya penuhi. Sebolehnya saya akan berikan tawaran yang lain dan tunaikan sebarang janji yang saya berikan kepada mereka.

Inilah salah satu sumber pahala kami sebagai ibu bapa. Membesarkan anak-anak dengan bahasa cinta. 

Bersangka-sangka

Petang semalam saya dan suami ke TESCO Kulai. Dengan tujuan membelikan kasut untuk Nisrina. Dah hampir 2 minggu Nisrina boleh berjalan diusia 9 bulan dan kami masih belum membelikan dia  sepasang kasut. 

Masa Nublah, anak sulong kami dulu, baru umur 6 bulan dah dibelikan kasut. Bukan kasut murah-murah pulak tu. Itu zaman saya masih bekerja, pegang duit gaji sendiri. Ditambah dengan keterujaan dapat anak sulong, perempuan pulak tu. 

Anak bertambah seiring dengn pertambahan usia, keterujaan dari segi material untuk anak-anak sudah berkurang. Hinggakan anak dah pandai berjalan pun masih tak dibelikan kasut. Akhirnya semalam saya belikan sepasang kasut. Kasut murah je, RM15.90 sepasang. 

Lepas pilih-pilih kasut,  saya bergerak ke kaunter untuk membuat bayaran. Oleh kerana saya beli satu item sahaja, saya menggunakan kaunter ekspress. Depan saya seorang aunty Cina bersama cucu saya kira. Berambut kerinting halus tetapi mengerbang, bertubuh gempal dan sedikit bongkok. 

Di tangan aunty tersebut hanya ada seikat sayur yang harganya tidak lebih daripada Rm5.00. Cucu yang dibawanya merengek-rengek minta dibelikan sebiji bola. Ada bola sebiji di tepi kaunter. Mungkin ada yang tidak jadi beli dan meletakkannya di tepi kaunter tersebut. 

"Tak maulah!, tak maulah!, Mahal." Kata aunty tersebut kepada cucunya. 

Cucunya dalam lingkungan 4 tahun. Putih comel, bermata sepet. Rambutnya panjang dan lurus diikat kemas  kiri dan kanan. Masih merengek-rengek sambil tangannya menunjuk ke arah bola yang terletak di tepi kaunter pembayaran.

Saya kagum seketika bila mendengar aunty tersebut berbahasa Melayu dengan cucunya. Sedangkan cucunya merengek-rengek dalam bahasa Cina.

"Ada harga tak bola tu? Berapa harga?' Soal Aunty Cina tersebut kepada saya.

"Tak ada hargalah Aunty, mungkin itu sebab orang letak tepi je ni. Kalau nak beli kena ambil yang ada harga."

"Cucu saya ni ha, suka bola, tapi dia perempuan. Suka nangis-nangis minta sama saya. Saya tak ada duit ho.." Panjang lebar aunty tersebut bercerita pada saya.

Saya yang dengar naik kesian pulak ke aunty tersebut bila dia kata tak ada duit. Kalau dekat tempat permainan tu, mahu saja saya ambil bola lain dan belikan bola untuk cucunya. 

Selesai dia membayar harga seikat sayur yang dibeli. Datang anak perempuan aunty tersebut sambil menyorong troli yang penuh dengan barang-barang. 

Salah telahan saya yang menyangka aunty Cina tersebut seorang yang miskin. Bila melihatkan gaya pemakaian anaknya dan troli yang penuh dengan barang-barang yang dibelinya.

Itulah hidup kita ni. Banyak bersangka-sangka. Tak semua sangkaan kita betul. Apa yang kita nampak kadang-kadang bukan gambaran sebenar kehidupan individu tersebut.

Selesai membayar kasut Nisrina, saya turun ke bawah mencari suami dan anak-anak. Nampak mereka sedang duduk di Food Court. Sangkaan saya suami nak belanja minum petang di situ. Rupanya duduk-duduk sambil sembang melepaskan lelah dan akhirnya balik ke rumah.

Itulah! Hidup bersangka-sangka lagi.

#ummimenulis

Tuesday, 29 August 2017

Kemas Rak Buku

Suami cuti hari ni dan esok. Kerja lebih masa bulan lepas, claim dalam bentuk cuti. Dapatlah cuti dua hari. Tanya suami kenapa tak claim bentuk duit.
Ingatkan jawapannya nak banyak luangkan masa dengan anak bini. Ceh!Rupa-rupanya dia kalau ot memang boleh claim cuti je. Ok jugak kalau macam tukan? Hehehe. Selama memang suami jarang sangat ot dan baru hari ni tergerak nak bertanya. Hehehe
Dah berkemas nak balik kampung baru perasan road tax kereta dah mati semalam. Hari ni baru pergi renew. Esoklah kami balik kampung.
Pagi ni ajak anak-anak kemas rak buku. Buku-buku yang dah rosak saya ketepikan. Nak dibaiki dulu mana yang dah koyak.. Mana yang tak boleh guna lagi dibuang. Lapang rasa bila dah berkemas.

Saturday, 26 August 2017

Anak bertanya tentang Aurat


Fahamkan anak erti aurat yang sebenar. Bertudung tapi baju lengan pendek, seluar ketat bukan tutup aurat namanya. Saya cuba fahamkan anak.
Anak perempuan saya yang umur 6 tahun keliru, kenapa ada yang pakai tudung pendek, tudung besar. Pakai t-shirt lengan pendek tapi pakai tudung.
Banyak pulak yang di tanya hari ini. Itu belum dia tanya hal make up pulak tu. Anak perempuan biasalah kalau ada naluri nak cantik, nak melawa.
Saya jawab. Biasa kakak tengok kalau kita jalan-jalan ummi solat pakai baju dan tudung yang ummi pakai jalan-jalan jekan. Jarang ummi pakai telekung kecuali tudung ummi atau stokin ummi kotor. Macamana kita tutup aurat semasa solat, macam tulah jugak kita kena tutup aurat kalau keluar.
Bukan sebab kita keluar je kena tutup aurat, kalau orang datang rumah kita pun kita kena tutup aurat. Itu sebab ummi terjerit-jerit kalau dengar orang datang rumah suruh kakak carikan tudung ummi. Panjang lebar saya bercerita. Moga dia faham.
Anak perempuan sudah mula bertanya tentang aurat. Masih belajar-belajar istiqomah bertudung dan saya belikan stokin comel-comel untuk buat berjalan.

Tuesday, 22 August 2017

Pantang bersepah

Orang perempuan ni selain pantang sebab bersalin, pantang tengok rumah bersepah pun iye jugak. Betul tak?
Pagi-pagi memang jadi kemestian saya menyapu dulu bersih-bersih lantai rumah dan kemas bagi bersih ruang tamu. Anak yang paling kecil sedang melasak fasa merangkak meneroka satu rumah dan akan mengutip segala benda masuk ke dalam mulut.
Anak yang nombor tiga baru dua tahun lebih pulak memang usia yang pandai menyepah. Kadang-kadang rajin kemas, kadang-kadang buat dek je bila dah menyepah barang.
Ruang tamu rumah dan ruang makan tiada sekatan. Jadinya meja makan akan sentiasa bersepah. Kadang-kadang lepas makan, nak makan lagi. Lepas makan nak makan lagi. Lepas tu nasi dan sisa makanan sentiasa bersepah-sepah di lantai.
Umminya pulak lepas menyapu, menyapu lagi, lepas menyapu, menyapu lagi. Kalau tidak ada budak akan duduk bawah meja sambil kutip sisa makanan masuk mulut.
Awal pagi tadi lepas sarapan, ajak mereka main di luar sekejap. Hirup udara pagi. Tengok-tengok punyalah bersepah depan rumah. Depan rumah ada suami tanam sebatang pokok betik. Dapat benih dari Jabatan Pertanian. Memang buahnya manis, gebu sedap. Pokoknya tak berapa besar. Rendang dah berbuah.
Yang menjadi masalahnya pokok betik yang sebatang ni memang sentiasa menjadi tumpuan dan bahan permainan anak-anak. Habis daun, batang dan pernah buah mudanya di petik di buat main.
Rupanya petang semalam mereka main lawan-lawan guna daun betik . Habis di petik daun betik yang bawah-bawah. Bila dah main lawan-lawan memang berterabur sakanlah daun betik dan batang betik depan rumah.
Saya rasa saya dah habis pantang kot tengok benda bersepah. Tak rasa nak marah pun hahaha. Panggil diorang suruh kutip sampai bersih. Habis cerita. Buat apa nak marah-marah bukannya selesai masalah pun.
Simpan marah untuk benda lain pulak. Cuba cakap baik-baik penuh kasih sayang. Masih berusaha lagi sebenarnya sebab ada masa marah-marah jugak, hilang kesabaran. Aku Insan yang lemah katanya.
Terbaca dalam buku Cerdas Itu Fitrah. Mendidik dengan kasih sayang mampu membina kehormatan diri dalam diri anak. Terus rasa tak nak marah-marah dah.
Suka dengar anak-anak nyanyi lagu Ummiku Sayang. Buat motivasi diri.

Monday, 21 August 2017

Ragam anak

Petang-petang redup naung ni kata orang Muar, anak-anak mengadu lapar semuanya. Ada beberapa ketul keledek di dapur, ajak anak-anak buat kuih keria sementara Nisrina masih tidur.
Siap keledek direbus suruh kakak lenyek. Sambil-sambil lenyek sambil sembang, sambil yang dua orang lagi kutil masuk mulut.
Siap lenyek, letak tepung, bentuk-bentukkan dapat 15 ketul. Siap goreng nak sira tinggal sepuluh ketul, itupun di tahan-tahan kalau tak habis terus. Betul-betul lepas keria siap sira-sira manja kurang gula dengan orcs , Nisrina pun bangun tidur, ummi pun masuk bilik tidurkan Nisrina balik. Selang beberapa minit.Masuklah Nublah dan Nu'man ke dalam bilik.
"Ummi, kuih tinggal sikit. " Kata si kakak Nublah
"A'ah ummi tinggal sikit je" Nu'man menguatkan lagi kata kakak Nublah,
"Sikit tu tinggal berapa?" Ummi tanya diorang sambil tepuk-tepuk Nisrina nak suruh tidur.
"Tinggal tiga je" Balas mereka serentak.
"Ok! Tinggalkan abi, sekejap lagi abi balik kerja nanti tak ada apa nak makan" Pesan saya.
"Eh bukan kena tinggalkan dua ketul ke je? Selalu ummi kalau simpan dua ketul je." Nu'man cuba cari alasan nak makan lagi seketul.
"Nu'man dah makan banyakkan? tinggalkanlah abi, tiga ketul tu". Sebenarnya dalam hati dah tergerak nak rasa seketul nanti. Tak sempat rasa lagi tadi sebab panas.
"Ok ummi" Nublah dan Nu'man sepakat bersetuju.
Mereka keluar bilik dan tiba-tiba menjerit.
"Ummi!!!!!!! Nuruddin dah habiskan kuih. Abi tak dapat!"
Penat berunding budak berdua tu rupanya ada sorang lagi yang mereka lupa ajak berunding. hehehe
Ummi dia ni tak dapat dia tak perasan agaknya. Tak apalah nak..makanlah..
Ni ummi na
k kopek ubi pulak. Abi balik nanti baru ummi goreng.

Kerjasama Suami Isteri

Suami dah siap-siap nak bekerja. Kilang tempat kerja beliau depan rumah ke. 2 minit dah sampai.
Sedang sarapan, suami dapat panggilan telefon. Saya tak berapa dengar sangat butiran perbualannya disebabkan anak-anak bising. Semua sedang bercerita kisah masing-masing.
"Kena masuk kerja petang hari ni." Kata suami kepada saya.
Masuk kerja petang maksudnya seharian waktu siang beliau ada di rumah.
Saya dah merangka susun atur dapur yang baru. Maksud saya, saya dah cadang nak alihkan dapur memasak, saya nak letakkan berhampiran dengan tingkap. Saya selalu tukar susun atur dalam rumah bila suami tak ada. Entah tak tahu kenapa suka buat kerja waktu dia tak ada. Mungkin kurang sakit hati kalau dia tak tolong kot. Hehehe
Bila dia cakap dia tak masuk kerja pagi ni secara automatik saya jadi 'malas' nak buat apa yang saya dah rancang. Hanya teruskan rutin biasa memasak, membasuh, mengemas dan seangkatan dengannya.
Sebenarnya suami ni bila ada dirumah, selalunya memang fikiran mereka nak rehat je. Jadi sesekali kita pun berehatlah jugak, tetapi masak tetap kena masak.
Waktu saya 'up' status ni suami tengah cuci longkang di luar. Tiba-tiba jekan🙂 Bila dah berkeluarga ni sebenarnya masing-masing tau dah tugas masing-masing untuk kesejahteraan rumahtangga dan tahu waktu rehat masing-masing.
#ummimenulis

Anak sumber pahala

Dengar sekali lalu di Rancangan Klinik d'Hijrah pagi tadi, tak perasan siapakah panelnya. Antara yang disebut dan melekat di kepala hin...