Friday, 19 May 2017

Pengalaman Pertama FBAds

Saya mendaftar  sebagai dropshipper Tudung Si Comel seingat saya awal tahun lepas. Sepanjang mendaftar tersebut saya tidak pernah membuat jualan walaupun ada mempromosi secara terus facbook personal saya. 

Awal  bulan September tak silap saya saya menerima email dari Tudung Si Comel yang mencari dropshiper yang serius untuk berniaga keran hujung tahun nanti akan fokus kepada jualanTudung sekolah. Pada awal saya menerima email tersebut saya berbelah bahagi untuk menerima tawaran tersebut atau tidak , ini memikirkan saya akan bersalin pada bulan November dan akan berpantang sendiri bersama-sama 4 orang anak kecil. Tetapi entah macamana, saya menerima tawaran tersebut dan Alhamdulillah berjaya mengharungi waktu berpantang sendiri dengan anak-anak sambil berbisnes online.

Untuk menghadapi Hari Raya yang bakal menjelma ini, team dropship Tudung Si Comel sedang gigih berusaha untuk berjualan mencari "duit raya". Saya tidak terkecuali walaupun selepas tempoh 'perang' tudung sekolah saya agak perlahan sedikit membuat marketing. Melihatkan semangat sahabat-sahabat saya yang bersemangat menghadapi jualan musim raya ini membuatkan saya juga bersemangat. 

Melihatkan mereka berjaya buat FB Ads , saya cuba belajar sendiri dan mengikut tips-tips yang diberikan sebelum saya 'run' iklan saya. Saya meletakkan anggaran kos pengiklanan hanya RM10 sehari untuk 2 hari. Alhamdulillah permulaan yang baik saya nampak bila iklan saya mendapat like dan prospek customer meminta saya menghubungi mereka. Walaupun saya masih belum berjaya closed sales lagi, saya berasa seronok kerana ini adalah proses belajar yang perlu saya leburkan duit sebagai pelaburan.

Sebenarnya banyak dah guru-guru marketing bisnes yang mengajar fb ads dengan yuran kebijaksanaan yang telah mereka tentukan. Bukan tidak teringin pergi ke kelas-kelas marketing, kelas bisnes. Kekangan yang saya adalah saya bersama anak-anak kecil memang tidk memungkinkan saya untuk adir. Ditambah lagi kebayakkan kelas di adakan di kuala Lumpur. Untuk menambahkan ilmu dan kemahiran saya saya berguru online antaranaya dengan Tuan Irfan Jani jadi berkenaan STORI. Menjual barang  bukan cara hardsell tapi dengan teknik penceritaan.

Yuran yang mampu bayar dan secara online. Saya sangat suka dengan cara ini. 

Ok berbalik kepada cerita FB Ads yang saya buat. Pentingnya menguasai asas-asas fb marketing ni sebelum kita "run" iklan kita supaya duit tidak terbang  tanpa  sebarang hasil.

Belajar dan terus belajar.

Sesiapa yang berminat untuk berdaftar kuliah Tuan Irfan Jani boleh klik link dibawah.

Menulis ayat iklan power!




Anak sumber pahala

Dengar sekali lalu di Rancangan Klinik d'Hijrah pagi tadi, tak perasan siapakah panelnya. Antara yang disebut dan melekat di kepala hin...