Friday, 2 August 2019

Sedeqah

"Abi, nak susu kambing" Jerit anak nombor tiga Si Nuruddin.

"Nak jugak!, Abi nak jugak!" Sahut pula Si Nisrina

Sebotol susu kambing RM6.00 , kalau 4 orang dah RM24.00. Jerit sahut-sahutan anak-anak akhirnya suami akur beli jugak untuk semua seorang sebotol. 

Dah beli, bising pulak semuannya tak boleh nak minum, sebab susu kambing masih beku. Nak minum kena tunggu cair. Bising lagi anak-anak Ku. 

Pakcik Mualaf penjual susu kambing  jatuh kasihan tengok budak-budak ni semua bising nak minum. Bukan haus sangat pun, tapi dah namapun budak-budak. Benda depan mata, serta merta jadi haus.

Bising lagi ramai-ramai, saya bawak mereka duduk di belakang gerai, kawasan letak kereta. Berkebetulan betul-betul belakang gerai Pakcik Mualaf penjual susu kambing. 

Saya duduk anak beranak, suami teruskan tawaf pasar malam sendirian, tak nak anak-anak berdrama tengok pelbagai jenis juadah yang dijual. Pasar malam ni tempat kami mencari sayur kampung dan beli ubi keledek, keladi atau pisang untuk buat goreng. Paling tidak pun saya akan bebi putu mayam yang dijual untuk anak-anak makan. Jarang sangat beli makanan yang sudah siap masak. Biasa memang hari-hari masak dirumah. Tak ada alasan nak beli makanan di luar.

Tidak berapa minit lepas tu, datang pakcik Mualaf tu ke tempat saya dan anak-anak duduk. Dihulurnya seorang sebungkus teh tarik susu kambing yang dijualnya. 

"Minum ya, pakcik belanja, jangan kacau ayah lagi" Kata pakcik Mualaf tersebut sambil menghulur air teh ais susu kambing yang di jualnya.

Allah! Allah, baik sungguh hati pakcik ni sedekah ke anak-anak saya. Kalau jual, sebekas tu RM2.50 . Murah hati sungguh memberi percuma kepada anak-anak saya.


"Pakcik, tak payah susah-susah pakcik, anak-anak saya ni bukan haus sangat, dalam kereta pun ada air. Saja  je nak merengek. Tengok benda ada depan mata.

"Tak apa, budak-budak, biasalah. Saya tak sampai hati tengok budak-budak macam ni, mintak-mintak, tapi tak dapat." Balas Pakcik Mualaf tersebut, 



"Moga murah rezeki pakcik berniaga. Terima kasih sedekah air untuk anak-anak saya." Balas saya pada pakcik tersebut.

"Tak apa, saya suka, tengok budak-budak macam ni, dah, jangan bising-bising dengan ayah lagi ye" Balas pakcik tu sambil berlalu pergi.

Biasa peniaga kalau bersedekah pun, lebihkan timbangan, atau potong kecik-keil apa yang dijual letak depan gerai, bagi orang lalu lalang untuk rasa. Ini diberinya 4 cawan air yang dijual sebab jatuh kasihan pada anak-anak ku yang comel nakal ni. Rezeki kamu anak-anak. Saya pesan dekat anak-anak, doakan pakcik yang beri air ni dimurahkan rezeki dan dilariskan jualan ya. 

Sebab perangai korang yang comel-comel ni, pakcik yang jual air ni pun jatuh kasihan.

Kalau pergi pasar malam lagi, saya cakap dekat anak-anak, tak mahu lagi lalu lorong pakcik yang jual ni, Ummi segan.



Sunday, 7 April 2019

Stokis Telekung Maryam

Mengorak setapak lagi, dalam dunia perniagaan online.

Saya sekarang menjadi stokis Telekung Maryam. Bermula dengan dropship pada awal tahun lepas. Ada masa naik dan turun jualannya. Tapi satu yang saya suka permintaannya tetap ada sepanjang tahun. Rajin buat promot, follow-up customer banyaklah dapat komisyen. Ada masa tak rajin, sekadar menjawab whatsapp dan pm yang masuk sahaja.

Hujng tahun 2018, selain tudung sekolah, telekung juga permintaannya amat tinggi. Waktu tu saya sedang sarat mengandungkan Nada. Di hujung kemahilan dengan anak-anak kecil yang lain dan rutin harian kerja rumah. Saya tak berapa fokus sangat pada perniagaan online saya. Ramadan yang bakal menjelma ini, pertanyaan di whatsapp dan 'pm' di page agak banyak bertanyakan telekung. Disebabkan itu, saya mengambik keputusan untuk mejadi stokis dan dapat membeli telekung dengan harga stokis.

Bila dah jadi stokis, saya perlu ada perancangan dan kena lebih fokus kena buat promosi berterusan. Maklumlah modal saya dah keluarkan. Walaupun barangnya bukan jenis basi, boleh tahan lama, macamana nak pegang duit di tangan kalau stok tak jalan. Iye tak?

Permulaan yang baik, 4 pasang telekung, pelanggan customer beli. Saya gunakan runner untuk menghantar. Walaupun untuk tak berapa tinggi, dengan kos runner yang mahal (saya cover) separuh. Saya seronok dapat berkongsi kegembiraan dengan orang lain. Sehari lepas tu ada pula customer borong 12 pasang. Alhamdulillah, ini kali ke dua saya dapat customer borong. 



Urusan pengeposan semua, memang saya terpaksa meminta bantuan suami dan saya gunakan servis kurier J&T. Kedudukan premis J&T yang paling hampir dengan rumah dan waktu operasi yang panjang termasuk hujung minggu memudahkan saya dan suami untuk menguruskan proses pengeposan.

Sya'ban sudah menjelma, persediaan Ramadan sudah bermula, termasuk mencari telekung baru untuk terawikh, so good luck untuk diri sendiri. Pesan pada diri sendiri jangan terabai urusan rumah tangga dan tanggungjawab mendidik anak-anak.

Boleh pergi ke page telekung budak untuk melihat koleksi telekung yang ada.


Mata dah mengantuk. Nak kira stok dulu sebelum tidur

Selamat Malam!

Wednesday, 20 February 2019

Kau Sahabat, Kau Teman


Catatan 2019 dmulakan dengan kisah sedih dengan kehilangan seorang sahabat baik. Sahabat dunia akhirat pernah sebilik, serumah, setilam dan makan setalam. Tak terluah kesedihan hati ini, nukilan ini sebagai satu cara melepaskan beban kesedihan yang terbuku di hati.

Seumur hidup saya belum pernah lagi kehilangan sahabat baik. Inilah pengalaman pertama dan benar-benar terkesan di jiwa. Almarhumah Hauzan binti Yusof seorang sahabat yang berperwatakan lemah lembut, seorang yang sangat teliti, tulisan sangat antik, tidak boros tetapi tidak kedekut. Pandai simpan rahsia sahabat. Banyak, sangat banyak yang hendak digambarkan tentang susuk tubuh almarhumah.

Mengenalinya sejak tahun satu pengajian di Unversiti, masuk tahun ke dua kami duduk satu rumah sewa hinggalah habis belajar. Terakhir kami menyewa di  Taman Rasmi Jaya Ampang, sebelum Almarhumah berkahwin dan perpindah mengikut suami tinggal di Perak. Meskipun jarang berhubung, tapi hati tak pernah lupa semua sahabat, termasuk Almarhumah.

Kali terakhir berhubungan Almarhumah membeli sepasang telekung dari saya untuk anak beliau. Kami bersembang dan Almarhumah bertanyakan kepada saya kenapa saya keluar group whatsapp kawan-kawan UTM. Saya nyatakan saya serabut bila banyak group whatsapp dan memang keluar dari beberapa group whatsapp termasuk group sekolah dan persatuan.

Kami sembang-sembang juga serba sedikit berkenaan politik sebab Azizan suami beliau terlibat dengan Amanah dan beliau tahu saya dan suami sudah tidak bersama PAS dan terlibat bersama Amanah sekarang. Bila dapat maklumat Almarhumah buat biopsy di Hospital Selayang baru saya tahu beliau kena kanser hati. Segalanya terlalu pantas awal bulan satu buat biopsy dan dalam proses untuk melakukan kemoterapi, Allah telah menjemputnya pulang.

Sungguh kematian ini menjadi suis menghidupkan mentol keinsafan dalam diri saya. Betapa kurangnya amalan saya, cuainya dalam melakukan ibadah. Almarhumah yang saya kenal memang seorang yang taat beribadah, rajin mengaji dan membantu sahabat dalam kesusahan. 

Beruntung Almarhumah meninggal dalam keadaan sempurna terjaga auratnya dijaga baik oleh suami beliau walaupun di hospital. Meninggal dalam keredhaan suami. Berehatlah Hauzan dari segala kesakitan dan derita dunia. Anti kekal dalam ingatan ana dan sahabat-sahabat yang lain. Semoga Azizan dan anak-anak tabah menghadapi ujian ini dan bakal disatukan kembali di syurga.

Ana sayang anti Lillahitaala.

Hauzan binti Mohd Yusof
29.08.1981-18.02.2019

Sunday, 11 November 2018

Berkelah di Sedili Besar Cuti Deepavali

Dah  lama tak pergi Sedili. Sedili di pekan kecil yang terletak di dalam Daerah Kota Tinggi.


Thursday, 16 November 2017

Karies gigi

Dari malam semalam saya dah rasa tak berapa sihat, batuk-batuk. Memandangkan hanya hari Khamis sahaja suami cuti, saya gagahkan diri jugak pagi tadi bawak Nuruddin pergi cek gigi di Klinik Pergigian Kulai. Alhamdulillah orang tak ramai, urusan selesai sebelum jam 11 pagi.
Antara Nublah, Nu'man dan Nuruddin , hanya Nuruddin yang ada karies gigi. Tapi tak seteruk manapun hanya 4 batang gigi depan bahagian atas. Nuruddin tak pernah hisap botol susu. Gula-gula, coklat, aiskrim sangat jarang dapat. Banyak makan di rumah. Saya teringat masa Nuruddin berumur setahun, kami anak beranak duduk di kampung hampir 3 bulan.

Biasalah kalau duduk di kampung, segala macam dimakannya dan itulah punca gigi Nuruddin mula rosak. Beberapa hari ni dia mengadu gigi dia sakit. Tapi selera makan macam biasa, makan nasi tiga empat kali sehari. Minggu lepas dia demam sekali dan kena semput. Bila nak tidur Nuruddin mengadu sakit gigi. Bila saya tengok gigi dia, ada nampak putih-putih di gusi atas. Rupanya ada nanah di gusi.
Gigi Nuruddin yang rosak dah di jangkiti kuman. Saya tekan-tekan sikit keluarkan nanah yang ada. Menjeritlah jugak kesakitan. Lepas tu di tak mengadu dah gigi sakit. Saya memang pastikan semua anak-anak gosok gigi sebelum tidur dan bangun pagi.
Bila buat carian pasal karies gigi, bila ada jangkitan kuman tu, kena makan antibiotik sebab taknak sakit berulang dan akan melarat. Bila doktor gigi cek gigi Nuruddin tadi, memang semua giginya elok cantik tak rosak. kecuali 4 batang yang bahagian hadapan tu jelah.
Doktor beri antibiotik kena habiskan makan dalam masa lima hari. Gigi yang rosak tu doktor tak akan cabut sebab Nuruddin di bawah umur tiga tahun. Doktor beritahu nanti lama kelamaan gigi yang rosak tu akan mereput dan hitam. Akan tertanggal dengan sendirinya bila gigi tu dah mati.
Jadinya untuk tempoh dua tiga tahun ni, terpaksalah Nuruddin bertahan dengan gigi rosak di depan tu hingga gigi baru tumbuh nanti. Gigi susu kalau rosak ok lagi sebab akan tanggal. Gigi kekal memang kena jaga elok-elok.
Anak-anak ni kita memang kena ajar makan secara sihat sejak dari rumah. Salah satunya kerana berkaitan dengan kesihatan gigi. Nenek Nuruddin dah umur 60 an gigi elok lagi. Nenek Nuruddin memang suka makan sayur dan ulam, itulah antara sebab gigi nenek masih kuat dan cantik.
Ummi Nuruddin ni penakut jumpa doktor gigi. hehehe Last cek gigi masa habis sekolah, sampai sekarang dah umur 36 tahun tak pernah jumpa dokotr gigi, penakut punya pasal. Alhamdulillah gigi masih cantik dan sihat.
Tunggu cuti sekolah nanti nak bawak Nu'man dan Nublah pulak cek gigi.


Wednesday, 15 November 2017

kebun Sayur lagi

Semalam kami pergi kebun sayur lagi. pergi melawat arnab kami yang kami letakkan di sana. Lebih kurang dua minggu yang lepas masa kami pergi , seekor ibu dah beranak 6, seekor lagi dah beranak 4. Masa kami datang tu anak-anak arnab tu lebih kurang dalam 2 minggu umurnya.
Semalam kami datang anak-anak arnam tu dah besar. Coeml sangat. Tetapi tinggal 7 ekor, yang lain. Lepas tu rupanya ibu arnab ni beranak lagi 6 ekor. Tapi pekerja kebun sayur tu beri tahu semuanya mati.
Kesian, beranak rapat sangat agaknya tak sempat jaga anak. Mula-mula cadangnya nak ambil anak-anak arnab tu seekor dua nak pelihara di rumah. Tetapi memikirkan dah hujung tahun dan cuti sekolah nanti takut kami jarang ada dirumah. Susah pulak kalau ada pelihara binatang, tak ada orang nak beri makan nanti.
Beberapa kali kami ke kebun sayur tu, pekerja kebun sayur tu ajak kami masuk ke rumah mereka. Kami menolak tak nak menyusahkan mereka. Hajat datang nak tengok arnab kami je tapi tapi setiap kali balik mesti ada buah tangan dari mereka. Puas kami menolak , akhirnya kami bawa balik jugak setelah didesak.
Sebelum datang semalam kami belikan gula pasir, kopi dan bawakan jajan-jajanan yang anak-anak dapat semasa sambutan hari jadi di PASTI mereka minggu lepas. Saya pula buatkan sebekas besar cekodok pisang untuk mereka.
Akhirnya semalam kami mengalah bila diajak beberapa kali untuk minum air kami masuklah jugak minum air. Mereka hidang air teh o yang bersama tempeyek yang saya rasa dibawa dari seberang. Berbeza budayakan, makanan pun berbeza. Tempeyek yang dihidang memang jenis dibuat keras. Yang lagi terkejut jumpa kepala ikan bulu ayam dalam tempeyek tu. Hahahaha terus terbantut selera.
Dihidangkan juga semangkuk besar pengat ubi kayu. Kalau ikut selera memang tak lalu nak makan, sebab tahu dah mesti manis leting, tapi disebabkan keramahan isteri mereka mengajak makan,( ada yang baru sampai dari Jawa melawat suami) saya suaplah sikit buat jamah-jamah. Huhuhu memang tak boleh makan sangat sebab manis yang amat. Mereka kerja kuat, air manis, makanan manis memang tak ada masalah kot. Kami anak beranak memang tak boleh nak masuk tekak.
Balik semalam tak sah kalau mereka tak beri buah tangan. Alhamdulillah dapat 3 biji betik, nangka muda buat sayur dan sawi bunga.
Belajar perkataan baru hari ni tiwol maksudnya nangka muda. Hari ni masak gulai lemak tiwol. Petang nanti boleh bawakkan emak yang ada di rumah adik baru balik bercuti. Memang lauk kegemaran emak, nangka muda masak lemak ni.
Depa ni memang kuat kerja. Makan pun ala kadar sangat bukan macam kita lauk beriya-iya. Agaknya pagi-pagi dah makan nasi sebab kerja beratkan. Orang sini pun rasanya tak mampu kerja sekuat mereka. Gaji mereka bukanlah besar manapun. Tapi tiap-tiap bulan boleh hantar ke kampung memang jenis makan ikat perut.
Saya beritahu anak-anak kena bersyukur sebab abi kerja hari-hari balik rumah, makan pakai cukup. Pakcik -pakcik tu kena kerja kuat, anak-anak pun tak jumpa. Nak hibur-hiburkan hati aktiviti mereka memancing, bela arnab, bela itik. Bagi anak berfikir dan umminya ni insof sikit.
Lihat dunia dari mata burung
Atau lihat dari dalam tempurung
Yang mana satu engkau pilih ?

Perpustakaan Awam Kulai

Perpustakaan awam di Kulai ni tempatnya memang strategik. Satunya kedudukannya di dalam AEON Kulai. Dalam pasaraya yang selesa, parking kereta pun mudah.
Minima boleh pinjam buku 15 buah seorang dengan tempoh pinjaman 2 minggu. Lambat sehari denda sepuluh sen. Dua minggu sekali memang saya dan anak-anak kesana pinjam dan pulang buku. Perpustakaan ni letak berdekatan pintu masuk.
Itu memang dah strategik dah. Selang satu kedai ada kedai jual permainan pulak. Kalau dulu-dulu setiap kali nampak kedai permainan Nuruddin akan menangis -nangis minta permainan. Saya memang tak pernah layan. Sekalipun tak pernah belikan dia permainan di kedai tu. Jadinya sekarang dia pasrah, sebab tau menangis macamana pun memang saya tak layan.

Tapi masalahnya sebelah kedai permainan tu ada kedai buku POPULAR pulak. Kalau kedai buku ni umminya yang kalah. Kalah lagi bila mesin atm pula terletak betul-betul dekat dengan kedai buku ni. Biasanya kalau merengek minta permainan memang tak jalan. Tapi kalau dah masuk kedai buku pegang buku cerita atau pelbagai lagi majalah kanak-kanak ni sambil merayu.
Please ummi!, please!.. akhirnya umminya mengalah. Tapi kalau dah over bajet tu memang tak akan belilah jugak walaupun merayu hehehe.
Berapa bajet bulanan untuk bahan bacaan di rumah? Boleh kongsi🙂


Sedeqah

"Abi, nak susu kambing" Jerit anak nombor tiga Si Nuruddin. "Nak jugak!, Abi nak jugak!" Sahut pula Si Nisrina ...