Thursday, 10 August 2017

Nak Jadi Penulis Tak?



Saya pinjam buku ni dari perpustakaan awam Johor yang lokasinya pada saya sangat strategik iaitu di dalam Pasaraya Aeon Kulai. Perpustakaan ini memang menjadi tempat 'wajib' saya untuk singgah. Terletak berdekatan dengan Kedai Buku Popular dan Mesin ATM. Macam ada saling kait pulak mesin ATM dengan kedai buku tu. Hehehe

Kena pandai-pandai pilih jugak buku dalam perpustakaan awam tu. Tak banyak buku baru, tapi oklah bukan ramai pengunjung sangat pun walaupun berada di lokasi yang sangat strategik. Dalam memilih-memilih buku tu terpandang tajuk buku ni. Nampak macam menarik. Tarik terus pinjam tanpa tengok apa isinya. Bila tengok nama penulisnya sekali lalu, saya fikirkan buku terjemahan kenana namanya yang agak pelik iaitu Nimoiz T.Y

Balik ke rumah belek-belek rupanya penulisnya Melayu bernama Nik Mohd Iznan dan menggunakan nama pena Nimoiz T.Y. Gigih cari di facebook hehehe sebab nak mengenali penulis dengan lebih dekat. Banya juga perkongsian beliau di FB. Latarbelakang pendidikan  dalam bidang Kejuruteraan tetapi minat menulis. 

Tajuk buku ni Nak Jadi Penulis Tak? Jawabnya memang nak. Tapi setakat ni berlatih menulis di blog sahajalah dulu. Walaupun tak ada yang membaca. Tak tahulah ada bakat ke tidak, tapi memang minat menulis. Kandungan buku ni memang sesuai untuk yang baru nak mula belajar menulis. Daripada persoalan kenapa nak menulis, sikap seorang penulis, tatabahasa, menerbit dan disentuh juga teknik menulis yang memang saya pernah dengar sebelum ni iaitu KJ Method (Kawakita Jiro). Dengan teknik ni penulis mampu menulis 5 buku serentak.

Menulis ini perlu berlatih sebenarnya dan juga kena banyak membaca. Kena peka dengan suasana sekeliling. Banyak je perkara yang berlaku sehari-hari yang boleh dinukilkan menjadi teladan. Yang penting pandai diolah ceritanya. Barulah banyak idea yang hendak ditulis. Yang paling penting jangan tinggal baca Al Quran dan banyak berdoa kepada Allah agar diberikan ilham yang baik-baik untuk menulis. 


Cabar diri teruslah mencoret.

Karies gigi

Dari malam semalam saya dah rasa tak berapa sihat, batuk-batuk. Memandangkan hanya hari Khamis sahaja suami cuti, saya gagahkan diri jugak ...